bab 1
Jari-jemari halus itu ligat melipat baju, satu persatu
disusunnya, namun jarinya terhenti… fikirannya terus mengimbau kenangan silam.
“hah… apa kau menungkan tue min…..sergah Linda yang
tiba-tiba menjengah di muka pintu bilik.
“eh… kau Linda, terkejut aku, lain kali bagi salam dulu
yang oiii… dari mana kau nie..soal jasmin sambil memandang sahabat baiknya
Linda.
“aku dari bilik senah tue.. kau pulak apasal nie
termenung jer aku tengok.. haa.. aku tahu kau tue mesti ingat pakwe lama la
tue…ala min.. apa la yang nak dikenangkan lagi…lupakan ajer..cari yang baru..
abis citer..”.
“kau nie.. ke situ lak.. mana ada.. pandai-pandai aje….
Jasmin tersenyum memandang sahabatnya yang gemar mengusiknya…
pakwe lama……… emm, terdetik di fikirannya kisah cintanya
yang telah berlalu… satu kenangan yang sukar untuk dilupakan…kisah
perkenalannya dengan abang Iskandar…. Saat itulah dia mula belajar mengenal
erti sebuah cinta… mungkin sekadar cinta monyet namun ia cukup meninggalkan
kesan yang mendalam.
Segalanya bermula ketika dia di tingkatan empat…. Ketika
itu pihak sekolah mengadakan kursus motivasi SPM dengan kerjasama dengan sebuah
universiti tempatan. Pada mulanya jasmin dan rakan-rakannya tidak berhasrat
untuk mengikutinya kerana ia difokuskan kepada pelajar form 5 namun galakan
daripada guru-guru menaikkan semangat mereka untuk menyertainya biarpun
mendaftar di saat-saat akhir.
Saat itulah membuka lembaran baru dalam
hidupnya..perkenalannya dengan abang Iskandar yang merupakan pembimbing
kumpulannya bersama kak zalina.pada waktu itu dia langsung tiada perasaan pada
abang Is.. yang ada Cuma perasaan antara adik dan abang lagipun abang Is lebih
mesra dengan rakan-rakannya yang lain berbanding dengan dirinya yang agak
pemalu…. Kursus yang berunsur islamik itu cukup menyentuh perasaan jasmin dan
membangkitkan rasa keinsafan dalam dirinya. Hubungan antara mereka juga cukup
erat seperti sebuah keluarga..namun dalam diam.. hatinya terdetik juga, apatah
lagi tiap kali bertentangan mata dengan abang is…entah mengapa dia merasakan pandangan
itu cukup mendebarkan hati … namun dibiarkan sahaja.. mungkin sekadar mainan
perasaan.
Berakhirnya kursus selama 3 hari itu.. rupanya tidak
mengakhiri hubungannya dengan abang is dan kak zalina..dorongan dan semangat
dari keduanya membuatkannya ingin terus berhubung dengan keduanya dan impiannya
untuk mengikuti jejak mereka ke menara gading suatu hari nanti. Pertalian ini
membuatkan dia rapat dengan keduanya terutamanya dengan abang iskandar.. apatah
lagi abang is pernah menyatakan ingin mengenalinya sejak dari kursus lagi tapi
dipendamkan kerana nanti apa pula pandangan rakan yang lain lagipun jasmin pula
agak pendiam.. jadi dibiarkan begitu sahaja..
Hari demi hari.. kemesraan makin terjalin antara mereka.
Biarpun waktu itu Abang Is sibuk dengan pengajiannya di ibu kota.. namun bukan
penghalang untuk mereka terus berhubung malah surat dan telefon menguatkan lagi
hubungan mereka… timbunan warkah menjadi koleksi peribadinya… waktu itu hatinya
mula berbunga.. memutikkan rasa yang sukar untuk dimengertikan..mungkin dia
dilamun cinta…ahhh..sukar untuk dimergertikan… lagipun abang is tidak pernah
menyatakannya namun isi-isi warkahnya seperti memberi harapan dan cinta.. dia
tenggelam dalam angan dan impiannya sendiri. Setelah hampir setahun hubungan
mereka terjalin…akhirnya terurai juga ikatan kasih itu… abang is menyepikan
diri tanpa sebarang berita. Tinggallah dirinya dalam seribu persoalan namun
akhirnya dia akur mungkin abang is sudah melupakan dirinya ataupun mungkin juga dia telah menemui gadis
lain. Kesedihan ini membuatkan jasmin
tabah dan berazam untuk berjaya dalam SPM biarpun tanpa bang is yang
dahulunya sering memberi semangat. Ternyata keputusan SPMnya agak baik dan
membolehkannya melanjutkan pelajaran kep IPTA di ibu kota. Namun dia akui abang
is masih diingatannya.. tersemat dihatinya untuk bertemu dengan abang is suatu
hari nanti.
Kini Jasmin di semester akhir setelah hampir 3 tahun di
IPT. Jelas diingatannya setahun yang lalu, semasa dia disemester ke 4 .
impiannya untuk bertemu dengan abang is terlaksana juga. Dalam satu pertemuan
yang tak terduga. Sukar untuk jasmin gambarkan perasaannya waktu itu. Dari segi
fizikal ternyata abang is banyak berubah. Dia nampak lebih matang, mungkin
mengikut peredaran masa dan usia. Lagipun telah 3 tahun mereka tidak bersua.
Mereka berbual-bual mengimbau kenangan silam, terlalu banyak yang ingin
diceritakan .. walaupun haitnya masih terkilan dengan sikap abang is yang tiba-tiba menyepikan diri dulu namun
dilupakan saja demi kasihnya pada abang is
yang masih tersemat di hati.. biarpun mungkin Cuma dia yang berperasan
demikian.
Bermula dari pertemuan itu, kasih antara mereka kembali
berbunga. Abang is mula menghubunginya seperti dahulu. Kegembiraan menyelebungi
hatinya. Suka duka dikongsi bersama.jelas waktu itu mereka saling menyayangi.
Abang is mula meluahkan hatinya pada jasmin namun agak kesamaran. Jasmin
meragui kesungguhan abg is..betulkah abang is menyayangi dirinya. Dia keliru ,
bimbang abang is akan menyepikan diri seperti sebelum ini. Perasaan itu dibiarkan
saja. Masing-masing berharap biarlah takdir dan masa yang menentukannya.
Setahun lebih mereka berkawan, masing-masing berutus
surat maklumlah sibuk dengan pengajian, bertemu seperti pasangan lain memang
tak pernah namun dia tetap gembira dan setia. Dalam masa itu, ada juga jejaka
yang cuba menambat hatinya namun ditepis juga demi kasihnya pada abang is.
Lama-kelamaan hubungan mereka semakin renggang.. entah di mana silapnya , abang
is mula menyepikan diri langsung tak membalas surat-surat dari jasmin. Jasmin
memujuk haitnya mungkin abang is sibuk dengan pengajiannya memandangkan dia
ditahun akhir. Sudah puas dia menunggu berita akhirnya terungkai juga
persoalan.. abang is menjelaskan bahawa dia mempunyai masalah dan hubungan
tidak dapat diteruskan.. katanya bukan disebabkan orang ketiga Cuma tidak tidak
mahu menyusahkan jasmin. Puas disoal apa masalahnya namun tiada jawapan… jasmin
betul-betul hampa. Akhirnya terlerai juga hubungan mereka… dia pasrah mungkin
telah ditakdirkan tiada jodoh antara mereka. Dia redha namun hatinya mula tawar
untuk erti sebuah cinta… namun dia masih mengakui kasihnya pada abang is masih
ada kerana itulah cinta pertamanya……
No comments:
Post a Comment