Thursday, 27 March 2014

novel nukilanku....

assalamualaikum........ lama x tulis . arie ni nk share hasil nukilan dolu-doolu..hehe . novel ni sy hasilkn sejak dibangku skolah lagi...so, meh la baca... 



bab 1



Jari-jemari halus itu ligat melipat baju, satu persatu disusunnya, namun jarinya terhenti… fikirannya terus mengimbau kenangan silam.

“hah… apa kau menungkan tue min…..sergah Linda yang tiba-tiba menjengah di muka pintu bilik.

“eh… kau Linda, terkejut aku, lain kali bagi salam dulu yang oiii… dari mana kau nie..soal jasmin sambil memandang sahabat baiknya Linda.

“aku dari bilik senah tue.. kau pulak apasal nie termenung jer aku tengok.. haa.. aku tahu kau tue mesti ingat pakwe lama la tue…ala min.. apa la yang nak dikenangkan lagi…lupakan ajer..cari yang baru.. abis citer..”.

“kau nie.. ke situ lak.. mana ada.. pandai-pandai aje…. Jasmin tersenyum memandang sahabatnya yang gemar mengusiknya…

pakwe lama……… emm, terdetik di fikirannya kisah cintanya yang telah berlalu… satu kenangan yang sukar untuk dilupakan…kisah perkenalannya dengan abang Iskandar…. Saat itulah dia mula belajar mengenal erti sebuah cinta… mungkin sekadar cinta monyet namun ia cukup meninggalkan kesan yang mendalam.

Segalanya bermula ketika dia di tingkatan empat…. Ketika itu pihak sekolah mengadakan kursus motivasi SPM dengan kerjasama dengan sebuah universiti tempatan. Pada mulanya jasmin dan rakan-rakannya tidak berhasrat untuk mengikutinya kerana ia difokuskan kepada pelajar form 5 namun galakan daripada guru-guru menaikkan semangat mereka untuk menyertainya biarpun mendaftar di saat-saat akhir.

Saat itulah membuka lembaran baru dalam hidupnya..perkenalannya dengan abang Iskandar yang merupakan pembimbing kumpulannya bersama kak zalina.pada waktu itu dia langsung tiada perasaan pada abang Is.. yang ada Cuma perasaan antara adik dan abang lagipun abang Is lebih mesra dengan rakan-rakannya yang lain berbanding dengan dirinya yang agak pemalu…. Kursus yang berunsur islamik itu cukup menyentuh perasaan jasmin dan membangkitkan rasa keinsafan dalam dirinya. Hubungan antara mereka juga cukup erat seperti sebuah keluarga..namun dalam diam.. hatinya terdetik juga, apatah lagi tiap kali bertentangan mata dengan abang is…entah mengapa dia merasakan pandangan itu cukup mendebarkan hati … namun dibiarkan sahaja.. mungkin sekadar mainan perasaan.

Berakhirnya kursus selama 3 hari itu.. rupanya tidak mengakhiri hubungannya dengan abang is dan kak zalina..dorongan dan semangat dari keduanya membuatkannya ingin terus berhubung dengan keduanya dan impiannya untuk mengikuti jejak mereka ke menara gading suatu hari nanti. Pertalian ini membuatkan dia rapat dengan keduanya terutamanya dengan abang iskandar.. apatah lagi abang is pernah menyatakan ingin mengenalinya sejak dari kursus lagi tapi dipendamkan kerana nanti apa pula pandangan rakan yang lain lagipun jasmin pula agak pendiam.. jadi dibiarkan begitu sahaja..

Hari demi hari.. kemesraan makin terjalin antara mereka. Biarpun waktu itu Abang Is sibuk dengan pengajiannya di ibu kota.. namun bukan penghalang untuk mereka terus berhubung malah surat dan telefon menguatkan lagi hubungan mereka… timbunan warkah menjadi koleksi peribadinya… waktu itu hatinya mula berbunga.. memutikkan rasa yang sukar untuk dimengertikan..mungkin dia dilamun cinta…ahhh..sukar untuk dimergertikan… lagipun abang is tidak pernah menyatakannya namun isi-isi warkahnya seperti memberi harapan dan cinta.. dia tenggelam dalam angan dan impiannya sendiri. Setelah hampir setahun hubungan mereka terjalin…akhirnya terurai juga ikatan kasih itu… abang is menyepikan diri tanpa sebarang berita. Tinggallah dirinya dalam seribu persoalan namun akhirnya dia akur mungkin abang is sudah melupakan dirinya  ataupun mungkin juga dia telah menemui gadis lain. Kesedihan ini membuatkan jasmin  tabah dan berazam untuk berjaya dalam SPM biarpun tanpa bang is yang dahulunya sering memberi semangat. Ternyata keputusan SPMnya agak baik dan membolehkannya melanjutkan pelajaran kep IPTA di ibu kota. Namun dia akui abang is masih diingatannya.. tersemat dihatinya untuk bertemu dengan abang is suatu hari nanti.

Kini Jasmin di semester akhir setelah hampir 3 tahun di IPT. Jelas diingatannya setahun yang lalu, semasa dia disemester ke 4 . impiannya untuk bertemu dengan abang is terlaksana juga. Dalam satu pertemuan yang tak terduga. Sukar untuk jasmin gambarkan perasaannya waktu itu. Dari segi fizikal ternyata abang is banyak berubah. Dia nampak lebih matang, mungkin mengikut peredaran masa dan usia. Lagipun telah 3 tahun mereka tidak bersua. Mereka berbual-bual mengimbau kenangan silam, terlalu banyak yang ingin diceritakan .. walaupun haitnya masih terkilan dengan sikap abang is  yang tiba-tiba menyepikan diri dulu namun dilupakan saja demi kasihnya pada abang is  yang masih tersemat di hati.. biarpun mungkin Cuma dia yang berperasan demikian.

Bermula dari pertemuan itu, kasih antara mereka kembali berbunga. Abang is mula menghubunginya seperti dahulu. Kegembiraan menyelebungi hatinya. Suka duka dikongsi bersama.jelas waktu itu mereka saling menyayangi. Abang is mula meluahkan hatinya pada jasmin namun agak kesamaran. Jasmin meragui kesungguhan abg is..betulkah abang is menyayangi dirinya. Dia keliru , bimbang abang is akan menyepikan diri seperti sebelum ini. Perasaan itu dibiarkan saja. Masing-masing berharap biarlah takdir dan masa yang menentukannya.

Setahun lebih mereka berkawan, masing-masing berutus surat maklumlah sibuk dengan pengajian, bertemu seperti pasangan lain memang tak pernah namun dia tetap gembira dan setia. Dalam masa itu, ada juga jejaka yang cuba menambat hatinya namun ditepis juga demi kasihnya pada abang is. Lama-kelamaan hubungan mereka semakin renggang.. entah di mana silapnya , abang is mula menyepikan diri langsung tak membalas surat-surat dari jasmin. Jasmin memujuk haitnya mungkin abang is sibuk dengan pengajiannya memandangkan dia ditahun akhir. Sudah puas dia menunggu berita akhirnya terungkai juga persoalan.. abang is menjelaskan bahawa dia mempunyai masalah dan hubungan tidak dapat diteruskan.. katanya bukan disebabkan orang ketiga Cuma tidak tidak mahu menyusahkan jasmin. Puas disoal apa masalahnya namun tiada jawapan… jasmin betul-betul hampa. Akhirnya terlerai juga hubungan mereka… dia pasrah mungkin telah ditakdirkan tiada jodoh antara mereka. Dia redha namun hatinya mula tawar untuk erti sebuah cinta… namun dia masih mengakui kasihnya pada abang is masih ada kerana itulah cinta pertamanya……